Assalammualaikum!!!!!!!
Pagi Sabtu nan indah...cuaca agak mendung sejak beberapa hari ni. Semalam 11.11.11 tinggallah sejarah.... ada yg gembira, ada juga yg berduka.
Gembira kerana pernikahan dsb. Tahniah pd Kak Nora yg mana anak gadisnya bernikah di Masjid Kempas semalam.... juga buat lain2 pasangan. Moga dirahmatiNya selalu!!!!!!! Saya juga gembira apabila Masjid Al Mubarak, Bandar Putra, Kulaijaya dipenuhi jemaah yg bersolat Jumaat..... Majlis dimulakan dgn pengistiharan rasmi utk solat Jumaat oleh Kadi Kulaijaya. Sepupu saya, Adam Hassan juga tinggal di kawasan ini....
Sedih kerana mendengar dan melihat berita kemalangan di Lebuh Raya PLUS....4 org meninggal termasuk pelajar yg dlm perjalanan lawatan ke KL dan Genting. Lebih menyayat hati perginya Ketua Wanita UMNO Caw. Alor Setar....meninggal ketika cuba membantu mangsa kemalangan....moga jasamu dibalas Allah swt. Al fatihah buat mereka semua!!!!!!!!!!!!
Pagi ni ada program YB Datuk Khaled Nordin di Tasek 64 bersama Pakar dan Pelajar UPM....khidmat masyarakat. Tengahari ada jamuan majlis perkahwinan anak Setiausaha UMNO Bahagian Pasir Gudang
di Tasek 12. Lepas zohor, ada majlis penyampaian sumbangan sekolah di Johor Jaya oleh YB Datuk Khaled. Khabarnya sekolah dpt RM5000....saya mewakili PIBG SK Bandar Seri Alam.
Esok pagi insya allah program bersama Ibubapa Tahun 5 SKBSA.... persediaan UPSR tahun depan.....
Tengahari insya alllah ke Majlis Perkahwinan anak Kak Nora....sedara isteri saya!!!!
Moga hari-hari kita dirahmatiNya dan segala amalan kita diterimaNya. TERUS MAJU Insya allah!!!!!!!!!!!
No comments:
Post a Comment